Total Pageviews

Tuesday, April 6, 2010

6 April 2010

hari kedua... Pagi, pergi ke tapak projek seperti biasa, tiada apa yang berlaku melainkan hanya memandang skrin komputer dan memahami akan masalah yang dihadapi dalam sistem automasi yang melibatkan AHU dan keselamatan (anti-kebakaran dan CCTV). Petang, kerja-kerja bermula. Kerja dimulai dengan penukaran Digital Video Recorder (DVR) untuk sistem CCTV. 1 daripada 12 DVR dipercayai mengalami sedikit kerosakan. Selepas 1/2jam, satu ujian dilakukan pada 4 Fan Coil Unit samada berfungsi mengikut jadual yang ditetapkan. Hanya satu FCU tidak berfungsi kerana tidak memberi status balas.

No comments:

Post a Comment