Total Pageviews

Tuesday, April 6, 2010

5 april 2010

Hari pertama, lapor diri di metronic di shah alam pukul 8.30 pagi. lepas tu kena isi borang maklumat dan keselamatan. Kemudian ade taklimat mengenai operasi syarikat yang secara kasar terbahagi kepada 2; projek dan servis, serta pengenalan barang-barang yang digunakan dalam projek yang dijalankan seperti PIC dan 'Networking'. Selepas itu, aku ditempat ke bahagian projek (testing & commissioning). 'Host Supervisor' pula dilantik berdasarkan tempat projek. Buat masa sekarang, En Farid ditugaskan untuk memerhati aku.

Tengah hari, Bertolak ke tempat projek di Presint 4, Putrajaya. Nama tempat dirahsiakan atas sebab keselamatan. Tugasannya membaiki sistem automasi bangunan (AHU, pencahayaan, CCTV dll). Untuk hari pertama, aku hanya diarahkan memerhati apa yang sedang berlaku dan memahami masalah yang dihadapi dalam sistem automasi bangunan. Atas kesedaran sivik dan moral, gambar di premis dilarang ambil atas sebab keselamatan. Mungkin gambar dilampirkan pada masa akan datang telah ditapis.

Balik 5.30 petang.


No comments:

Post a Comment